Assalamualaikum dan selamat sejahtera . blog ini dibuat oleh pelajat Politeknik Metro Johor Bahru . kami mengambil bahagian Diploma LOgistik dan Rangkaian Pembekalan .
Thursday, 5 February 2015
Baju Melayu Teluk Belanga
Baju Melayu Teluk Belanga mula diperkenalkan semasa pemerintahan Almarhum Sultan Abu Bakar tatkala Almarhum bersemanyam di Teluk Belanga Singapura dan berpindah ke Tanjung Puteri pada tahun 1866 (kini dikenali Johor Bahru).
Almarhum menetapkan supaya baju lelaki labuhnya sehingga kebawah
punggung dengan leher yang berlapik lebar dan berkocek dua manakala baju
perempuan pula labuhnya hingga bawah lutut dengan alas lehernya halus
dan tidak berkocek. Terdapat berbagai bentuk sulaman yang dipadankan
pada bahagian leher seperti mata lalat, tulang belut dan insang pari.
Semasa pemerintahan Almarhum Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar pakaian tersebut telah diubah mengikut cadangan Allahyarham Jaafar bin Haji Muhammad.Bagi menseragamkan pakaian, seluar Cina telah ditetapkan yang mana
ianya bertongkah atau bertakak iaitu terdapat sambungan kain dibahagian
atas seluar bagi membolehkan diikat tanpa menggunakan tali pinggang.
Pakaian tersebut dilengkapkan dengan kain Samping yang dipakai secara
dagang dalam samada dari kain pelikat, kain Bugis, kain mastuli atau kain sutera.
Kepala kain diletak dibelakang dan kain dipakai selabuh paras lutut
atau kebawah lutut. Kain dagang luar hanya dipakai oleh anak-anak Raja
dan Tuan Sayed. Almarhum Sultan Abu Bakar juga menetapkan supaya songkok
dipakai bersama Pakaian Melayu. Semasa pemerintahan Almarhum Sultan
Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar, Jaafar bin Haji Muhammad menetapkan
supaya songkok dijadikan pakaian Melayu Johor. Sepatu seperti yang
dipakai dengan pakaian barat atau selipar yang bertekat dengan manik
atau kelingan atau benang sutera dipakai bersama pakaian Melayu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment